Purple Webbies !
D'Owner!

Navigation : Hover the image



Entries About Linkies Stuff

Annyeonghaseyo. Welcome to my wonderland. Replace this with your own profile.


Kepentingan mematuhi Papan Tanda Jalan Raya

Sebagai seorang pengguna jalan raya yang berhemah, kita mestilah mematuhi semua peraturan jalan raya. Adakah anda tahu bahawa pengguna jalan raya pada masa kini sering tidak mematuhi atau tidak mengendahkan papan tanda jalan raya?  Sepatutnya, perkara ini tidak boleh berlaku kerana pada mulanya seseorang individu perlu melepasi ujian tentang peraturan jalan raya, barulah individu tersebut mendapat lesen. Menurut Jabatan Keselamatan Jalan Raya, statistik bagi kematian di jalan raya untuk 100 ribu penduduk semakin meningkat.  Oleh yang demikian, saya akan menerangkan kepentingan mematuhi papan tanda jalan raya supaya kita tidak lagi sewenang-wenangnya melanggar peraturan jalan raya. 


Kepentingan

1. Semestinya  untuk mengelakkan kemalangan daripada       berlaku. 
2. Tidak menyusahkan pengguna lain.
3. Untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.
4. Menjimatkan masa perjalanan untuk sampai ke destinasi.
5. Supaya tidak mengundang kemarahan orang lain. 
6. Memastikan keselamatan diri dan      pengguna lain. 
7. Mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.
8. Mengurangkan pembayaran untuk memperbaiki kereta.  


                                                                                                           ATAU

                                                                 

Kepentingan Mematuhi Papan Tanda Jalan Raya

Kita sedia ada tahu bahawa papan tanda yang telah disediakan oleh pihak berkuasa bertujuan untuk memudahkan pengguna jalan raya mengetahui arah yang ingin dituju, had laju sesuatu kawasan dan sebagainya.

Namun, wujud pula individu/kumpulan2 yang tidak bertanggungjawab mencuba untuk merosakkannya. Mengikut kajian saya, terdapat tiga punca utama berlakunya hal sedemikian. Yang pertama adalah untuk melepaskan geram, selain itu hanya untuk kepuasan hati semata-mata dan yang terakhir adalah untuk mencari keuntungan.

Saya pasti punca yang pertama dan kedua anda sudah ketahui maksudnya. Maka saya akan terus bergerak kepada punca yang ketiga melalui situasi di bawah :

Seorang pemandu van ambulan berkata,  

"“Tengok sendiri, kereta di depan bukannya nak beri laluan. Lambat ke tepi, macam mana kami nak pastikan ambulans cepat sampai. “Cuba lihat papan tanda jalan itu. Macam mana kita nak baca kalau penuh pelekat iklan. Sebab itu susah nak jumpa lokasi.”"

Adakah anda faham maksud saya melalui situasi di atas? Ya. Salah satu punca utama papan tanda sukar dibaca dan difahami adalah wujudnya iklan-iklan dan poster berkaitan perniagaan di papan tanda terbabit. Sudah pasti mereka yang menampal iklan-iklan sebegini hanya untuk mencari keuntungan semata-mata tanpa memikirkan keselamatan dan nyawa seseorang. 


Islam sendiri menghalang dan menegah perbuatan vandalisme yang boleh dikategorikan sebagai perbuatan fasad (kerosakan) seperti mana yang ditegaskan di dalam al-Quran di mana Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya”(Al Baqarah: ayat 11-12)
Program dan dialog perlu dianjurkan bagi mendidik orang ramai menghargai papan tanda arah dan kemudahan awam secara amnya. Selain itu,peranan agensi yang bertanggungjawab perlu dalam meningkatkan kualiti papan tanda arah di negara kita memandangkan pentingnya tanda arah yang jelas di suatu tempat. Sama-samalah kita menjaga kemudahan bersama kerana papan tanda tunjuk arah adalah penting.
Sedarlah bahawa tidak mematuhi papan tanda jalan raya boleh meningkatkan lagi kemalangan jalan raya.



Perhatikan papan tanda yang terdapat di jalan raya

~ PAPAN TANDA ISYARAT LALULINTAS BAHAYA ~


1) JALAN TIDAK RATA


  • Perlahankan kenderaan
  • Tukarkan atau rendahkan gear dan teruskan perjalanan.



2) SELEKOH BAHAYA 













  • Perlahankan kenderaan.
  • Dilarang memotong
  • Pandu dengan berhati - hati



3) PERSIMPANGAN JALAN / SIMPANG EMPAT


  • Berhenti di setiap simpang empat
  • Perhatikan kenderaan di sebelah kanan dan hadapan.
  • Beri laluan kepada kenderaan dari sebelah kanan



4) LINTASAN KERETAPI BERPAGAR 


  • Perlahankan kenderaan ketika menghampiri tanda ini
  • Berhenti dan tunggu sehingga pintu dibuka.
  • Pandu dengan berhati-hati.



5) LINTASAN KERETAPI BERPAGAR AUTOMATIK 


  • Perlahankan kenderaan ketika menghampiri tanda ini.
  • Berhenti dan tunggu sehingga pintu dibuka
  • Selepas pintu dibuka pandulah dengan berhati - hati.



6) LINTASAN KERETAPI TIDAK BERPAGAR 

P

  • Perlahankan kenderaan ketika berhampiran dengan tanda ini.
  • Berhenti dan tentukan tiada keretapi sebelum meneruskan perjalanan.


KEPENTINGAN MEMATUHI PAPAN TANDA DI ATAS :
  • Pemandu akan lebih berhati - hati ketika memandu di jalan raya.
  • Papan tanda ini dapat mengelakkan kenderaan daripada mengalami kerosakan kerana melalui jalan yang tidak rata.
  • Papan tanda ini menunjukkan arah tuju pemanduan kita.
  • Kita juga dapat mendisiplinkan diri ketika menggunakan jalan raya.
  • Menjaga keselamatan pengguna jalan raya.
  • Mengelakkan berlakunya kemalangan yang boleh meragut nyawa orang tersayang.
  • Trafik akan berjalan dengan lancar sekiranya pengguna jalan raya mematuhi papan tanda tersebut.

JOM Kenali Papan Tanda Isyarat Di Jalan Raya

Assalamualaikum..
Tanda-tanda amaran di jalan raya memang penting kepada pemandu contohnya kalau ada tanda kawasan licin mesti pemandu akan memperlahankan kenderaan mereka. Tetapi tahukah anda bahawa ada maksud dan makna tersembunyi di sebalik tanda-tanda itu.




















Jadi patuhilah papan tanda jalan raya untuk keselamatan anda !

JOM Patuhi Papan Tanda Jalan Raya

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia sebagai pembuka bicara .
Pada hari ini , saya ingin menceritakan serba sedikit tentang kepeningan mematuhi papan tanda di jalan raya . Sesungguhnya terdapat faedah yang bakal kita peroleh jika kita bekerjasama , berganding bahu melakukannya bersama-sama .

Rakyat Malaysia seharusnya bersykur ke hadrat Illahi kerana menganugerahkan
Malaysia sebuah negara yang aman damai serta maju .
Kejayaan yang Malaysia tempa menjadikan Malaysia semakin dikenali di persada dunia .
Ini merupakan hasil usaha dan kerjasama antara pihak kerajaan dan rakyat .
Bagi mengekalkan suasana aman damai dan harmoni sekali gus mengekalkan 
kestabilan ekonomi dan politik negara , kerajaan telah melaksanakan pelbagai
dasar dan undang-undang untuk kebaikan rakyat Malaysia dan negara .
Antaranya ialah undang undang keselamatan jalan raya .
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya memudahkan kerja pihak kerajaan
dengan mematuhi pelbagai langkah keselamatn yang telah kerjaan lakukan antaranya 
papan tanda jalan raya . Faedah kita mematuhi papan tanda jalan raya bukan sahaja
memberikan kebaikan kepada pihak kerjaan sahaja malah untuk 
kebaikan dan keselasaan kita sendiri .

Pelbagai kebaikan yang akan kita peroleh jika kita bersama-sama mematuhi
papan tanda jalan raya . Antaranya , kita dapat mengurangkan kadar kematian rakyat Malaysia . Dada akhbar telah memaparkan pelbagai tragedi-tragedi yang menyayat hati
yang kebanyakannya berpunca daripada pemandu-pemandu yang tidak bertanggungjawab tidak mematuhi papan tanda jalan raya seperti mengurangkan had laju dan kanak-kanak melintas di hadapan .


Tragedi ini menyebabkan nyawa-nyawa insan yang tidak bersalah turut terlibat .
Pastinya ahli keluarga mangsa akan berasa sedih dan tidak adil dan berkemungkinan besar akan menyalahkan takdir . Ini menyebabkan mereka boleh mendapat dosa besar jika menidakkan qada' dan qadar . Tidakkah pembaca berasa bersalah jika tragedi ini berlaku kerana pembaca sendiri tidak mematuhi papan tanda jalan raya ? Lebih bersalah jika pembaca selamat manakala mangsa keadaan meninggal dunia ? Bagaimana pula antara ahli keluarga pembaca yang menjadi mangsa ? Marilah bersama-sama kita muhasabah diri . Sesungguhnya sudah terang lagi bersuluh bahawa jika kita mematuhi papan tanda jalan raya , kita dapat mengurangkan kadar kematian rakyat Malaysia .

Selain itu , kita dapat meningkatkan keselesaan rakyat Malaysia .
Bayangkan sekiranya ada beberapa buah kereta yang memakirkan kereta mereka di kawasan tempat papan tanda "dilarang memakir kereta" , apa yang akan berlaku ?
Biasanya papan tanda tersebut diletekkan di beberapa kawasan tertentu untuk mengelakkan berlakunya kesesakan . Jika jalan tersebut dipenuhi dengan kereta , pastinya kesesakan yang berlarutan akan berlaku . Pastinya keadaan ini akan menyesakkan jiwa dan raga para pengguna jalan raya . Lebih-lebih lagi jika di dalam kereta pembaca mempunyai anak-anak kecil yang membuat bising dan bergerak bebas kerana kebosanan. Dan yang lebih merisaukan jika terdapat ambulans yang membawa pesakit yang cedera marah dan memerlukan rawatan segera tersekat di jalan raya keran pembaca tidak mematuhi papan tanda jalan raya ? Jika pesakit tersebut tidak dapat diselamatkan , pembaca umpama telah membunuh saudara pembaca sendiri . Nauzubillahhiminzalik .



Selain daripada itu , kita dapat meningkatkan ekonomi dan kadar pelancong dari dalam dan luar negara . Apabila kita mematuhi papan tanda di jalan raya , kita dapat mengekalkan keharmonian negara . Ini menggalakkan kita sebagai rakyat Malaysia untuk melewati keindahan negara sendiri dan menggalakkan pelancong asing untuk melawat negara kita . Pelancong asing akan tertarik dengan keharmonian negara . Apabila semakin ramai pelancong yang hadir , semakin banyaklah hotel-hotel dan pelbagai kemudahan untuk disediakan . Apabila pelancong asing menggunakan perkhidmatan yang Malaysia jalankan , ia akan mendatangkan keuntungan kepada negara . Bukan sahaja negara , ia dapat mengurangkan kadar penganggur di Malaysia . Hal ini kerana , apabila semakin banyak hotel-hotel yang dibuka , semakin ramai pekerja yang diperlukan . Sesungguhnya benarlah bahawa antara kepentingan mematuhi papan tanda di jalan raya dapat meningkatkan ekonomi dan kadar pelancong di Malaysia .