Purple Webbies !
D'Owner!

Navigation : Hover the image



Entries About Linkies Stuff

Annyeonghaseyo. Welcome to my wonderland. Replace this with your own profile.


Perhatikan papan tanda yang terdapat di jalan raya

~ PAPAN TANDA ISYARAT LALULINTAS BAHAYA ~


1) JALAN TIDAK RATA


  • Perlahankan kenderaan
  • Tukarkan atau rendahkan gear dan teruskan perjalanan.



2) SELEKOH BAHAYA 













  • Perlahankan kenderaan.
  • Dilarang memotong
  • Pandu dengan berhati - hati



3) PERSIMPANGAN JALAN / SIMPANG EMPAT


  • Berhenti di setiap simpang empat
  • Perhatikan kenderaan di sebelah kanan dan hadapan.
  • Beri laluan kepada kenderaan dari sebelah kanan



4) LINTASAN KERETAPI BERPAGAR 


  • Perlahankan kenderaan ketika menghampiri tanda ini
  • Berhenti dan tunggu sehingga pintu dibuka.
  • Pandu dengan berhati-hati.



5) LINTASAN KERETAPI BERPAGAR AUTOMATIK 


  • Perlahankan kenderaan ketika menghampiri tanda ini.
  • Berhenti dan tunggu sehingga pintu dibuka
  • Selepas pintu dibuka pandulah dengan berhati - hati.



6) LINTASAN KERETAPI TIDAK BERPAGAR 

P

  • Perlahankan kenderaan ketika berhampiran dengan tanda ini.
  • Berhenti dan tentukan tiada keretapi sebelum meneruskan perjalanan.


KEPENTINGAN MEMATUHI PAPAN TANDA DI ATAS :
  • Pemandu akan lebih berhati - hati ketika memandu di jalan raya.
  • Papan tanda ini dapat mengelakkan kenderaan daripada mengalami kerosakan kerana melalui jalan yang tidak rata.
  • Papan tanda ini menunjukkan arah tuju pemanduan kita.
  • Kita juga dapat mendisiplinkan diri ketika menggunakan jalan raya.
  • Menjaga keselamatan pengguna jalan raya.
  • Mengelakkan berlakunya kemalangan yang boleh meragut nyawa orang tersayang.
  • Trafik akan berjalan dengan lancar sekiranya pengguna jalan raya mematuhi papan tanda tersebut.